Friday, August 13, 2010

Jatuh Cinta pada Luahan di kala Ramadhan.

Aku ini meminta agar untuk didengari setiap isi yang ingin aku sampaikan. Aku cuba untuk menilik setiap apa yang berlaku dalam kehidupanku. Namun kita semua tahu bahawa itu semua adalah mustahil sama sekali. Aku membelek setiap nota yang terselit dalam buku harianku. Lalu aku terjumpa satu luahan kata yang tak mampu aku menolak keindahannya.

Dalam kerinduaan kau yang sentiasa dalam kesunyian, kau isikannya dengan setiap perkataan. Kau rungkai satu-satu perasaan yang ingin kau ungkapkan. Apa yang kau ragu kau tanya. Apa yang kau tanya, kau jawab. Setiap lenggok ayat mu itu adalah satu nyanyian merdu dalam lagu malamku. Terima kasih kerana luahan kau.
Aku masih lagi mendengar luahan itu. Diam dengan setiap perkataan. Aku menjadi peka dalam bacaan. Rasanya seperti kau sedang berbisik dengan ku. Rasa sakit mu itu juga mampu untuk ku rasa. Pedih dalam  setiap nadanya.

Apa?
Tentang isi yang kau luahkan, biar aku yang menjadi perindu dalam ribuan lalang yang tinggi. Kekal dalam metafora celahan gigi. Setiap coretan, nyanyian, kesenian dalam laluan yang kau tulis, biar aku yang tunggu. Kerana akan rasaku keunikan yang kau miliki. Keindahan bahasa yang engkau amati.

Biarlah kali ini kau sepi dengan kerinduan Ramadhan. Kejauhan yang kau damba itu tak mungkin akan kekal begitu. Aku harap agar kau tetap menunggu. Kerana penantian itu adalah huraian dalam kesabaran dimana mencorakkan iman. Aku pasti kau bisa lakukan.

Semoga.

Dalam komplikasi dunia yang penuh keindahan ini, aku bakal menemui apa yang kau cuba citakan dalam hidupmu. Ini satu cabaran. Juga merangkap satu dugaan. 

Biar.

Aku simpankan segala luahan. Aku gemar begini. Membaca dan memberi satu intepretasi. Biar kau tetapkan untuk aku bertanya, dan mungkin kau yang akan tertanya. Satu luahan yang bisa aku katakan cukup indah. Terima kasih.

Cerita ini akan aku olah dalam satu bentuk mimpi yang sebenar. Kerana tidak kurasa angan ku kali ini ingkar akan kehendakku.

InsyaAllah.

1 teguran warna: