Saturday, August 14, 2010

Suapan itu haruslah bersih.

Kalau bisa kau menerajui sampan yang kecil ini, 
apa kata kau menjadi pendayungnya sekali
Janga kau hanya tahu tentang suara yang terpekik
sedangkan kami jijik dengan setiap jilatan itu.

Kata demi kata
ayat demi ayat
suara dan suara lagi yang dikau lontarkan
seperti tidak membawa kesan terhadap pendirianku
seperti berbisik, mungkin bisu bunyinya.

Aku perlukan kejujuran tulus
bukannya hipokrasi terlampau
Bijak kata-katamu
bijak lagi mainan minda ku.

Di dalam satu sukatan perkataan
ada huruf-huruf yang songsang
ada susunan ayat yang berbelit
namun kau tetap teruskan
kerana itu adalah kau.


Aku cuba mencari satu isi
isi yang kosong dan berdiam diri
tapi sentiasa pengisiannya ada
itulah yang kita semua cari


Ada, tapi..
Jarang..
 

0 teguran warna:

Post a Comment