Aku cuba ambil kembali rentak yang kian tersasar jauh.
Pelik bila ia kian terus mencanak degil tentang kenyataan yang sudah bersinar.
Aku jelirkan lidah tanda benci dengan keadaan yang panas itu. Aku tutup mataku rapat-rapat. Aku katupkan telingaku ketat-ketat.
Rimas kalau aku layankan sangat. Nanti aku yang tak tentu arah. Niatku sebenar adalah untuk kembali dalam dunia yang penuh KRITIS ini. Aku gemar sungguh terjun dalam dasar realiti yang akarnya bertunjangkan angan-angan tinggi manusia.
Angin tu kalau nak tiup, boleh je kuat-kuat. Tapi kadang-kadang dia lebih gemar bersepoi-sepoi je. Mungkin malas nak berbuat musibah. Mungkin mahu lagi melihat manusia bikin dosa dalam nodanya. Ya. Mungkin juga.
Hari-hari aku berbicara sama dinding. Apa yang ku lihat hanyalah pantulan wajahku yang mampu menghubungkan dengan orang lain. Aku conteng sikit, orang conteng banyak. Kata ini dinding aku. Tapi kenapa aku takut untuk menulis atas dinding sendiri. Ini adalah dinding tanpa had orang kata.
Aku rasa aku sudah mula rasa rentaknya kian sama. Langkahku sudah seiring kembali seperti dulu. Namun dia akan lari lagi selepas ini. Tak mengapalah. Aku akan sentiasa selarikan setiap masa dia hilang. Lagipun ia langkah aku.
Jadi jangan berlari. Tak jauh mana pun untuk kau kejar. Sampai satu masa kau akan sampai juga.
tak begitu?
0 teguran warna:
Post a Comment