Saturday, December 18, 2010

Dari Peti Simpanan Hati

Kehadapan Awak yang Saya Sayangi Sepenuh Hati, (Hanna Aqeela)

Assalamualaikum,

Awk, tahun ni ejat belum lagi menulis tentang ulang tahun kita yang ketiga. Maka Post ini adalah untuk awak. Sepanjang tahun ni merupakan tahun yang agak beralun bagi kita. Sering berselisih faham, bermasam muka, tak bertegur sapa dan macam-macam lagi. Tapi tahun ini juga merupakan tahun yang paling bermakna buat kita sebab tahun ini lah kita mula menjadi lebih matang dan memahami antara satu sama lain. Dalam kesukaran kita untuk meluangkan masa bersama dan melihat senyuman manis masing-masing, namun kita tetap berjaya untuk mencapai angka 3 dalam hubungan kita.

Ejat tahu ejat bukan lah laki yang cukup sempurna dalam memahami segala isi kandungan hati dan nurani awak. Ejat sering melebihkan kerja dan rakan, dan juga sering mengguris setiap penjuru hati awak. Ejat minta maaf atas segala kekhilafan diri ini. Tapi segala perbuatan ejat ada sebab musababnya. Percayalah, satu hari nanti awak akan faham. 

Awak, 3 tahun ini cukup manis untk ejat. Cukup-cukup manis. 3 tahun bersama awak merupakan satu keajaiban dalam hidup ejat. Mempunyai awak dalam hidup ejat merupakan satu penghargaan istimewa bagi seorang yang bernama Mohd Ezzat Asyiq. Terima Kasih kerana sudi menerima budak tak berapa nak kacak ni dalam sebahagian hidup awak. Awak memahami ejat dalam apa jua keadaan. Awak tahu mana ejat nak letak tiket parking kalau bukan awak yang pegangkan sebab nanti ejat lupa mana ejat letak. Awak tahu yang ejat ni memang tak cukup dengan satu makanan, so awak akan suap sikit makanan awak. Awak tahu Ejat dilema untuk buat satu keputusan, so awak akan tolong pilihkan. 
Tapi, ejat tak pernah dilema dalam memilih awak dan itu adalah keputusan yang ejat pasti dalam hidup ejat.

Sayang,
percayalah, ejat sangat sayangkan awak. Jangan pernah sekali awak tentang penyataan ini. Walaupun ejat mungkin tak macam dulu, tapi kasih sayang ejat kat awak tetap kekal dan tak pernah berubah. Jauh lagi perjalanan kita sayang, dan bermacam rentak lagu akan kita mainkan. Mungkin akan sumbang di tengah jalan bunyinya tapi kita mampu untuk mengubah notanya. InsyaAllah, berkat doa dan kesabaran kita nanti, kita akan disatukan selamanya. Tika saat ini, senyum untuk Ejat, sentiasa senyum untuk ejat kerana semuanya akan OK. ;D 

U and me, two different world. But we always LOVE each other. 

Dari budak tak berapa nak kacak,
Mohd Ezzat Asyiq.


0 teguran warna:

Post a Comment