-= THIS SITE WAS HACKED BY CYBERFALCONZ ~ My Cyb3r 4rmy =-
ADMIN, THIS NOTE IS FOR YOU:
PLEASE DO NOT PANIC...
YOUR SYSTEM IS NOT SECURE!!!
I HAVE FOUND SOME FLAWS WITHIN YOUR SECURITY SYSTEM...
PLEASE IMPROVE YOUR SECURITY SYSTEM TO AVOID FURTHER INTRUSIONS...
--=[ CyberFalconZ ]=--
I AM JUST A BIRD ROAMING THROUGH THE CYBER NETWORK FOR PREY
http://www.facebook.com/pages/CyberFalconZ/207025896014669
https://www.facebook.com/mycyb3r4rmy
CREDIT TO:
CyberFalconZ | M4gm4c0d3 | RainSeven | Sykes | Ct Ecca | Danielaa | Fatin Affens | Catz Faris | R3d j0hn | Hakuna | Shadow Master | Jack Sparrow | Shah | HambaMalam | dboyz | Ariesha Eversible | Wak Ketari | merongs | Sabrina Miasara | AngahX | Fakyu Tuyu | Cyg Selalu | Alex John | Trippz Sevenup | and all RileksCrew + Dragon Force + Newbie3viLc063s + Cyb3r 4rmy + Silent Hacker members at Facebook |
~RileksCrew + Dragon Force + Newbie3viLc063s + My Cyb3r 4rmy + Silent Hacker~
~ MESS WITH THE BEST, DIE LIKE THE REST ~
~ WE ARE NOT PROFESSIONALS, BUT WE CAN DO LIKE PROFESSIONALS ~
Nota Elektronik Peribadiku
Aku Menulis dari awal sampai Habis.
Saturday, September 17, 2011
Tuesday, July 12, 2011
Bukan Bumi lagi kita menjejak kaki (bhg 1)
Semalam aku bermimpi tentang pusaka temurun
Ini bukan saka tapi tentang cerita lama yang usang umurnya
dalam tidur mataku terbuka
menyaksikan pertempuran manusia segala
Rendang ilmu ku peluk kukuh
agar sentiasa teguh bila bertempuh.
Sayang sekali bumi ini bukan lagi kita yang menjejak kaki
kita masing-masing punya angan untuk terbang tinggi
hingga lupa tentang mengapa kita perlu berdiri
Usahlah kenangkan Tunku yang bakal sedih tentang kita
Cuba renungkan tangisan Rasulullah yang kesal dengan nasib umatnya.
Sudah cukup kah kita dengan pahala?
hingga bermusuhan sesama bangsa? agama?
Kita ini sudah cukup hina bila menumpang di dunia
ini kan lagi kita sering meminta-minta.
Langit takkan runtuh jika tiada guruh yang berdentum
aku bikin gemuruh lagi bila ada luka yang tidak sembuh.
Kau manusia, aku manusia, kita sama-sama akan dihimpunkan bersama
mungkin itulah dia perpaduan yang kita cari selama ini.
Bersamgbung...
Ini bukan saka tapi tentang cerita lama yang usang umurnya
dalam tidur mataku terbuka
menyaksikan pertempuran manusia segala
Rendang ilmu ku peluk kukuh
agar sentiasa teguh bila bertempuh.
Sayang sekali bumi ini bukan lagi kita yang menjejak kaki
kita masing-masing punya angan untuk terbang tinggi
hingga lupa tentang mengapa kita perlu berdiri
Usahlah kenangkan Tunku yang bakal sedih tentang kita
Cuba renungkan tangisan Rasulullah yang kesal dengan nasib umatnya.
Sudah cukup kah kita dengan pahala?
hingga bermusuhan sesama bangsa? agama?
Kita ini sudah cukup hina bila menumpang di dunia
ini kan lagi kita sering meminta-minta.
Langit takkan runtuh jika tiada guruh yang berdentum
aku bikin gemuruh lagi bila ada luka yang tidak sembuh.
Kau manusia, aku manusia, kita sama-sama akan dihimpunkan bersama
mungkin itulah dia perpaduan yang kita cari selama ini.
Bersamgbung...
Saturday, December 18, 2010
Dari Peti Simpanan Hati
Kehadapan Awak yang Saya Sayangi Sepenuh Hati, (Hanna Aqeela)
Assalamualaikum,
Awk, tahun ni ejat belum lagi menulis tentang ulang tahun kita yang ketiga. Maka Post ini adalah untuk awak. Sepanjang tahun ni merupakan tahun yang agak beralun bagi kita. Sering berselisih faham, bermasam muka, tak bertegur sapa dan macam-macam lagi. Tapi tahun ini juga merupakan tahun yang paling bermakna buat kita sebab tahun ini lah kita mula menjadi lebih matang dan memahami antara satu sama lain. Dalam kesukaran kita untuk meluangkan masa bersama dan melihat senyuman manis masing-masing, namun kita tetap berjaya untuk mencapai angka 3 dalam hubungan kita.
Ejat tahu ejat bukan lah laki yang cukup sempurna dalam memahami segala isi kandungan hati dan nurani awak. Ejat sering melebihkan kerja dan rakan, dan juga sering mengguris setiap penjuru hati awak. Ejat minta maaf atas segala kekhilafan diri ini. Tapi segala perbuatan ejat ada sebab musababnya. Percayalah, satu hari nanti awak akan faham.
Awak, 3 tahun ini cukup manis untk ejat. Cukup-cukup manis. 3 tahun bersama awak merupakan satu keajaiban dalam hidup ejat. Mempunyai awak dalam hidup ejat merupakan satu penghargaan istimewa bagi seorang yang bernama Mohd Ezzat Asyiq. Terima Kasih kerana sudi menerima budak tak berapa nak kacak ni dalam sebahagian hidup awak. Awak memahami ejat dalam apa jua keadaan. Awak tahu mana ejat nak letak tiket parking kalau bukan awak yang pegangkan sebab nanti ejat lupa mana ejat letak. Awak tahu yang ejat ni memang tak cukup dengan satu makanan, so awak akan suap sikit makanan awak. Awak tahu Ejat dilema untuk buat satu keputusan, so awak akan tolong pilihkan.
Tapi, ejat tak pernah dilema dalam memilih awak dan itu adalah keputusan yang ejat pasti dalam hidup ejat.
Sayang,
percayalah, ejat sangat sayangkan awak. Jangan pernah sekali awak tentang penyataan ini. Walaupun ejat mungkin tak macam dulu, tapi kasih sayang ejat kat awak tetap kekal dan tak pernah berubah. Jauh lagi perjalanan kita sayang, dan bermacam rentak lagu akan kita mainkan. Mungkin akan sumbang di tengah jalan bunyinya tapi kita mampu untuk mengubah notanya. InsyaAllah, berkat doa dan kesabaran kita nanti, kita akan disatukan selamanya. Tika saat ini, senyum untuk Ejat, sentiasa senyum untuk ejat kerana semuanya akan OK. ;D
U and me, two different world. But we always LOVE each other.
Dari budak tak berapa nak kacak,
Mohd Ezzat Asyiq.
Sunday, November 21, 2010
Buat Pencinta Tegar
Satu pesanan buat pencinta-pencinta tegar sekalian. Tidak kira terhadap apa cintamu itu, kau adalah tegar.
Saturday, November 20, 2010
Hanya aku Mengharapkan Kesunyian
Dalam detik masa berlalu melepasi zaman-zaman silam, menanti aku untuk mencari masa akan datang dalam hidupku. Sering kali ku rasa amat perlahan ia berjalan. Tapi sedih bercampur malu bila aku mampu melihat masa itu berlalu. Sedangkan mereka kabur dalam melihat masa.
Adakah aku yang sering leka dalam meluangkan sisa ku bersama atom-atom lagha?
ataupun mereka yang kurang peka tentang keajaiban alam yang mengelilingi hidup ini?
Ini semua kabur dalam luahan kata masing-masing. Kelu untuk lidahku bersuara tentang kepastian yang hujungnya hanyalah tumpul sebatang pensil. Terang arangnya memang meyakinkan setiap yang memegangnya. jika lumpuh kata-kata ini, maka lumpuh setiap angka perbuatan yang ada.
Bingit aku dengan suara-suara sumbang hipokrit sekian alam. Melopongkan gempitan rentak perang yang tiada henti. Gendang terus menjerit dalam.
Haiz.
Aku mengeluh dalam tidurku. Kata orang tak elok untuk mengeluh. Mungkin tidak mengapa jika di dalam mimpi sendiri. Pening aku mendengar bunyi bising ini. Kepala ku bisa pusing dan pusing dan pusing lagi.
Adakah hanya aku yang mengharapkan kesunyian?
Friday, November 19, 2010
Aku yang Mengesot dalam Ruangan Sempit
Sayup sahaja ku dengar embun pagi menitiskan air matanya pada sang bumi. Aku yang kian dahagakan pahala pagi itu, membuka seluasnya ruamg mulutku demi menadah setitis kasih suci di subuh hari. Apakah aku masih belum mengerti bezanya terik mentari zuhur dan juga terbit mentari fajar?
Meskipun aku masih sesat dalam hatiku sendiri, namun aku tidak pernah berhenti mencari. Lilin yang ku genggam kukuh setiap masa terpadam dek hembusan nafas ku sendiri. Sesekali aku berada dalam kegelapan namun aku masih berpaut pada jalan utama.
Tika satu masa aku nyalakan kembali lilin itu dan teruskan perjalanan yang lurus ini. Aku tidak mengerti mengapa aku kian jauh dan tidak mampu untuk berjalan lurus dalam lembaran ini? Bimbingan telah disediakan tapi aku tetap juga mendengar bisikan-bisikan halus dari dinding iman itu.
Apa sebenarnya yang aku kejarkan dalam hidupku ini?
Apa yang aku harapkan dalam bayangan ku sendiri?
Apa yang aku dambakan dari kasih rakan yang sering memerhati?
Apa aku ini?
Lumrah tidak semestinya lurus.
Cahaya tidak seharusnya terang.
Liku tak semestinya bengkok.
Jalan tdak semestinya berdiri.
Untuk bergerak, aku terpaksa mengesot demi mencari laluan abadi.
InsyaAllah.
Thursday, November 18, 2010
Berikan dia Ruang Bernafas
Kalau sekali sekala kita tenung mata sendiri dalam cermin, tak mustahil untuk kita dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku. Kalau tenung lama-lama, pasti akan terhurai siapa kau sebenar. Aku tak pernah pun buat, cuma satu lintasan fikiran yang mengajak untuk aku kenal siapa diri aku.
Aku sekali lagi berbisik pada angin, tentang betapa sejuknya kau bertiup malam ini. Aku punya ramai dedaunan dalam tamanku. Masing-masing punya corak dan bentuk tersendiri. Ada yang sempurna dan ada yang rasa dirinya cacat lagi hina. Aku pula, meramal nasib manusia.
Kita ini ciptaan terbaik kurnian Allah SWT. Pernahkah kita renungkan kepastian itu, daripada sering memikirkan kebarangkaliannya? Hampa ketika ku melemparkan badanku menghadap siling. Lampu itu terang sehingga mampu menggelapkan pandangan jernihku. Mindaku bermain dengan nisbah kehidupan manusia dan lidahku bermain dengan kata-kata nista.
Bernafaslah wahai kata-kata nikmat. Sesungguhnya aku ini HINA.
Kita ini HINA!
Mengapa kita gemar menggunakan takdir atas apa yang menimpa. Aku bukan ingin melawan kuasa alam. Tapi. Ada antara kita yang tidak mampu untuk mengubah nasib mereka. Bukan sahaja tidak mampu, bahkan tidak mahu. Sudah tertulis katanya.
Allah berfirman:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka"
Terlalu banyak contoh yang sudah terungkai, tapi kita lebih gemar berselindung dalam topeng kesucian itu. Marilah kita renung bersama. Ingatlah pada agama yang kita pegang dan pada Tuhan yang kita percaya. Sama-samalah kita mengubah nasib kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
